CitEr aKu......

Thursday, September 16, 2004

WARNA SURAT CINTA

Ani : "Mengapa engkau menulis surat dengan kertas berwarna Hijau Muda?"
Ena : "Surat warna Hijau Muda itu bererti "Aku Cinta Padamu"
Ani : "Kalau kertas itu bewarna Biru Muda apa ertinya?"
Ena : "itu melambangkan Suasana Pilu"
Ani : "Kalau kertasnya berwarna Merah?"
Ena : "Asmara Yang Membara"
Ani : "Kalau kertasnya warna Putih?"
Ena: "Suci, Bersih dan Jujur "
Ani : "Kalau kertasnya Kuning?"
Ena: "Melambangkan Hati Yang Gersang"
Ani : "Kalau Merah Jambu?"
Ena: "Sedang Jatuh Cinta"
Ani : "Kalau kelabu?"
Ena : "Melambangkan Hati Yang Sedang sedih"
Ani : "Kalau kertasnya Hitam?"
Ena : "Itu namanya kertas karbon.. bodoh!

CARA TERBARU MENYEBAR AIDS

Berikut adalah artikel yang perlu diambil perhatian sekiranya anda belum membacanya...
Sila baca artikel berikut mengenai orang yang HIV positif seronok menyebarkan virus HIV. Ianya pernah ke udara di dalam Televisyen Thai dimana pesakit HIV ditangkap & didakwa, tapi apa gunanya, beliau telah merosakkan ramai orang awam yang tak berdosa. Jadi sila berhati-hati...

Beberapa tempat berbahaya dan kebarangkalian menemui jarum penyuntik yang telah digunakan penagih :
1. Di kawasan pantai. Apabila anda berjalan di pantai sila pakai selipar sebab jarum yang ada HIV telah terdedah dan menimbus jarum penyuntik didalam pasir. Penyuntik ini kemudiannya terdedah akibat ombak.

2. Di kawasan permainan kanak-kanak. Satu lagi kawasan penagih.Terdapat kes di Australia di mana kanak-kanak yg tak berdosa telah tercucuk jarum penyuntik apabila beliau turun daripada papan lunsur kemudiannya didapati HIV positif.

3. Di panggung wayang. Sila pastikan kerusi yg anda duduki. Kes yang terjadi apabila seorang perempuan duduk di kerusi beliau dan terasa sesuatu benda mencucuk. Beliau berdiri dan mendapati ada penyuntik dan nota berbunyi "Welcome to the real world, you are now HIV positive". Doktor telah memeriksa jarum tersebut & mengesahkan ianya terdapat virus HIV.
Ianya berlaku di Hawai jadi berhati-hati....

4. Di Georgia & Florida, ada kes menunjukkan pesakit HIV meletakkan penyuntik di dalam tempat mengembalikan syiling, mesin air minuman...jadi pastikan bila anda membeli air atau kandi, perhatikan betul-betul tempat mengembalikan wang syiling... mungkin terdapat jarum penyuntik didalamnya.