CitEr aKu......

Friday, August 20, 2004

AMALAN DI BULAN REJAB


1. Banyakkan berpuasa - sebanyak yang mampu, sekurang-kurangnya sehari

2. Banyakkan berselawat - amalkan berselawat 10 kali selepas setiapsembahyang waktu, dalam bulan Rejab ni cubalah berselawat sentiasa dalamhati

3. Banyakkan ibadat/amalan baik (baca Quran, zikir, sembahyang sunat,bersedekah, tolong orang etc. Paling tidak banyakkan SENYUM!)

4. Banyakkan minta ampun pada Allah swt - take this opportunity untukbertaubat, bulan ni free offer Allah swt mengampunkan dosa hambaNya

5. Malam pertama bulan Rejab (malam Jumaat this week)- berjaga malam untuk sembahyang malam/beribadah (baca Quran, zikir etc):Allah ampunkan semua dosa seperti baru lahir, hati tak mati, boleh berisyafaat pada 70,000 orang yang sepatutnya masuk neraka

6. 27 Rejab Isra'-Mikraj (24/9 Wed)- puasa pada hari Isra' Mikraj pahalanya seperti berpuasa 60 bulan- kalau disertai dengan bersedekah, pahalanya seperti berpuasa 1000 tahun

BETAPA AGUNGNYA TUHAN....

Kejadian berlaku di sebuah negara yang tidak dapat dipastikan namanya.Masyarakat dalam negara itu hidup dalam keadaan yang aman dan damai.Rata-rata penduduknya adalah yang menganut agama Islam.Suatu hari datang seorang cendekiawan kristian, yang ingin menguji keagungan dan kebenaran Tuhan yang disembah. Cendekiawan itu berjumpa dengan raja negara tersebut dan meminta kebenaran untuk berdebat denganpenduduk-penduduk di negara itu. Pertaruhan yang telah ditetapkan oleh cendekiawan itu adalah,jikadia dikalahkan, dia beserta seluruh ahli keluarganya akan memelukIslam.Sebaliknya jika dia menang, raja hendaklah memberi dia kekayaan dan kebenaran menyebarkan agamanya di situ. Dan syarat terpenting perbahasan ialah menggunakan bahasa isyarat. Kemudian raja pun bertitah mengumumkan pertandingan tersebut kepada rakyat dan barangsiapa yang kalah, dia akan dikenakan hukuman yang berat.

Setelah hampir waktunya, muncullah seorang pengembala kambing Islam yang ingin membela agamanya. Dengan berat hati,raja membenarkan kerana tiada siapa lagi yang berani menyahut cabaran itu. Pada hari pertandingan, rakyat berkumpul di padang yang luas dan gembala kambing didudukkan bertentangan dengan cendekiawan kristian. Bermulalah soalan,cendekiawan menunjukkan satu jari kepada hadirin.Gembala kambing pula menunjukkan dua jarinya pada hadirin. Danjawapannya betul.Cendekiawan pula menunjukkan dua jari pula dan gembala kambing menunjukkan lima jari, jawapannya juga betul.Kemudian, cendekiawan menunjukkan lima jari, gembala kambing menunjukkan enam jari. Betul juga! Raja mula berfikir,hebat juga gembala kambing ini.Cendekiawan yang tidak berpuas hati, membuat bulatan pada hadirin dengan tangannya, kemudian gembala kambing menunjukkan penumbuk tangannya.Betul lagi... Lalu cendekiawan tersenyum puas hati.Cendekiawan mengeluarkan pedang dan halakan ke langit. Gembala kambing pula mengeluarkan pisau kontotnya, lalu dijunamkan ke bumi. Betul! Lalucendekiawan menepuk tangan.Cendekiawan kemudiannya menunjukkan seekor ayam ditangan dan gembala kambingmenunjukkan telur ayam ditangan. Betul... Maka tamatlah sesi perdebatan.Raja amat berpuas hati dengan kepandaian gembalakambing. Cendekiawan itu mengadap raja, untuk menunaikan janjinya.

Raja bertanyakan soalan dan jawapan perdebatan antara cendekiawan dan gembala kambing. Cendekiawan pun mula bercerita..."Sungguh hamba akui kebesaran Tuhan, sehingga rakyat tuanku dapat menjawab dengan baik sekali. Sebenarnya soalan hamba, tunjuk satu jari bermakna adakah kalimah syahadah cuma yang pertama sahaja? (Asyhaduallah ilahaillallah...) Jawapan yang diberikan gembala kambing, dua jari.Jawapannya betul kerana sambungannya, (wa asyhaduannamuhammadarrasullullah)""Hamba tunjukkan dua jari, bermakna adakah rukun islam ada dua?Gembala kambing memberi jawapan, lima. Betullah... Bila hamba tunjukkan lima jari,maksudnya adakah islam setakat itu sahaja? Jawapan yang diberikan enam jari,sebab rukun iman ada enam" "Bulatan pula bermakna siapa yang jadikan bumi? Gembala kambingmenjawabpenumbuk, betullah sebab Allah yang Maha Berkuasa. Bila hambamengeluarkanpedang dan menunjuk ke langit, gembala kambing mengeluarkan pisau kontotnya dan menjunamkan ke bumi. Betullah... kerana Allah yang jadikan langit dan bumi.""Ayam tu sebenarnya soalan bonus... apakah asal usul kejadian ayam itu Jawapannya telur... betullah...Sesungguhnya hamba amat berbesar hati dan akan mendalami islam sepenuhnya, serta menyebarkannya"Raja tersenyum gembira mendengar soalan dan jawapan tersebut.Kemudiannya gembala kambing dipanggil untuk mengadap Raja, maka diberikan ganjaran yang telah dijanjikan.

Dan bertanyalah Raja akan rahsia gembala kambingtersebut,adakah soalan itu dah bocor? Gembala kambing pun bercerita..."Hamba sungguh tak puas hati betul dengan orang Kristian yang sombong itu.Dia tunjuk satu jari, maknanya dia nak kambing hamba satu. Jadi hamba menjawab, dua pun hamba boleh bagi. Dia tunjuk dua maknanya dianak lagi dua pulak! Nak empat la maksudnya. Dan hamba jawab lima pun boleh.Kemudian dia tunjuk lima, maknanya takkan lima jea...? Oklah hamba boleh bagi enam pada dia.""Lepas tu dia tunjuk bulatan, maknanya dia nak semua kambing hamba.Hamba pun tunjuklah penumbuk. Pas tu dia keluarkan pedang, wahwah... dia ingat orang kaya je ada pedang. Hamba pun tunjuk pisau kontot hamba.Sekurang-kurangnya hamba ada juga. Kemudian dia tunjuk ayam pulak!Amboi... mentang-mentanglah dia kaya, selalu makan ayam...Hamba pun mampu... walaupun hanya telur ayam. Tapi patik tetap bersyukur, kerana dia dah sedar dan nak peluk islam, sekurang-kurangnya dia takkan sombong dan bongkak lagi...

"Tergelak besar Raja mendengarpenjelasan gembala kambing tersebut. Sungguh besar keagungan Tuhan...walau dengan cara apa sekalipun islam dicabar dan dihina, Islam akantetap terbela.Wallaualam...

Monday, August 16, 2004

2 hAri YaNG cuKuP BuSy....

14/8, Sabtu lepas keja, aku terus g rumah Mega (sepupu yg baru sahaja kematian suaminya pada 16 julai lepas), dia nak pindah rumah kat Batu Caves dekat dgn Giant baru. Nasib baik g lunch dulu, sampai2 je, terus angkat brg bwk turun naik lif dr tingkat 8, masuk dlm keta then ke rumah baru dia naik tangga tingkat 2…2 kali ulang alik amik brg sbb brg2 lain dh ada kat sana. Malam gi beli makanan lak utk famili dia sekalik..aku tido sana mlm tu tlg dia kemas brg. Dlm kul 10 gi Giant, dia nak beli barang2 keperluan harian. Balik dh penat terus tido.

Esoknya pagi2 lagi balik rumah aku bwk mak, adik, tuk & sepupu gi Sri Petaling, mak nak beli barang2 keperluan peribadi. Pastu petang kul 5, bwk Mega, tuk & mak Mega gi kedai perabot kat Greenwood, Mega nak beli meja makan (rumah baru, meja pun baru), pastu gi Jaya Jusco kat Alpha Angle tu, then ke Giant sekali lagi sbb semalam tak habih beli belah lagi….adus penatnya kaki ni berjalan. 2 hari nie jadik drebar tak bergaji. Penat tu takyah citer la kan, tapi dek kerana menolong anak yatim (Mega pun anak yatim gak masa umur dia 4 tahun, bapaknye meninggal, sekarang nie anak dia yg baru umur setahun lak anak yatim), penat tu tolak ke tepi. Biarlah dia gembira sikit setelah bersedih atas kematian suaminya hari tu. Hari nie hari dia, hari aku nanti camna la pulak. Tak dpt di bayangkan lagi kalau org tersayang pegi dulu drpd kiter. Kebetulan pulak, semalam birthday arwah, lagilah terasa dia, kalau suami dia panjang umur, dh 34 tahun umurnya. Hemmmm..entahlah….aku harap dia akan tabah menghadapi segala dugaan hidup yg akan datang nie…alhamdulillah, dia ada keluarga yg cukup banyak membantu dia….kalau aku la, adakah aku setabah dia….???? hopefully...

Saturday, August 14, 2004

bosan giler keja hari sabtu

isk isk isk..dek kerana aku dok keja kat branch putrajaya terpaksa la ikut gomen...org lain kat hq & branches lain tak keja..tu yg jeles tu...tension siut....tapi nasib baik la boleh claim off day allowance..dapatlah RM 60...sapa nak bg duit free oooo..keja 1/2 day...takpe2..(pujuk diri sendiri)....tapi sedey gak....

Friday, August 13, 2004

akhirnya aku berjaya gak

terujanye aku..... terima kasih ler pada semua yg membantu..tak sempat nak ym encik fauzi...apa2 pun nie basic je nie...